Monday, February 16, 2009

Jangan Kau Tangisi: EDISI HUZAIFAH


“Abang!” Huzaifah segera memaling kepada yang memanggil dan dia agak terperanjat dengan kehadiran gadis itu. Dia menutup badannya yang tidak berbaju cuma bertuala sahaja. Maklumlah lelaki itu baru sahaja selesai mandi sebab itulah dia dalam keadaan yang tidak sepatutnya ditonton oleh Haifa Hezzy. Hati Haifa Hezzy sedikit tercuit dengan gelagat Huzaifah lalu menguntum senyuman di bibirnya. Matanya galak memandang Huzaifah yang kelihatan malu-malu. Hati Haifa Hezzy semakin digeletek lucu namun dicuba dengan sedaya upaya untuk menahan daripada terburai ketawanya.

“Effa?!! Macam mana boleh ada kat sini? Masuk dari mana?” Huzaifah kelihatan menggelabah ketika mula bersuara dengan tunangnya.

“Effa masuk dari pintu bang. Mak Aci Yang yang benarkan Effa jumpa abang di bilik. Maafkan Effa kerana datang secara mengejut. Tapi ada sesuatu yang perlu diselesaikan antara kita.” Haifa Hezzy bergurau spontan lalu mengulum senyuman lagi. Seketika kemudian, dia kembali serius semula. Huzaifah juga mengulum senyuman yang tidak menjadi menandakan dirinya sudah terkena dengan Haifa Hezzy.


“Nak bincang apa lagi Effa? Kita akan bernikah dalam beberapa hari lagi dan Effa tak sepatutnya datang ke bilik abang di waktu pernikahan kita yang semakin hampir ataupun Effa dah tak boleh tahan lagi?” Huzaifah bergurau nakal membuatkan Haifa Hezzy tidak gemar dengan gurauan seumpama itu, namun disabarkan hatinya dan kekal dalam situasi tenang.

“Abang Huzai, Effa datang sini bukan kerana dibawa oleh hawa nafsu tapi Effa datang dengan akal yang waras. Effa tak datang sini untuk diri Effa tapi Effa datang sini kerana Kak Anaz.” Haifa Hezzy tidak lepas dari terus menikam wajah Huzaifah. Huzaifah berrasa tidak selesa ketika nama Shahanaz disebut. Huzaifah kelihatan begitu gelisah.

3 comments:

SiPenyusunKasut~ said...

Hmm.. Akak sye ad bce sket Novel akak.. Dan bgi sye inilah komennya :
" Akak perlu memberi penekakan yang tuntas dalam Kes ZINA.. Dan keberhasilan percintaan antara Haifa Hezzy + Zahamizal adalah ISTIDRAJ.. Istidraj bermaksud suatu kejayaan yang diberikan oleh ALLAH untuk menjauhkannya daripada rahmat ALLAH sehingga ada yang leka dan akhirnya menjadi ahli Neraka, Na'uzubillah.. ".. Kalau akak x nak dengar pun xpe.. Sy x kesh.. Tp, klu akak selitkn moral berdasarkan peradaban, novel akak pasti MELETUP di pasaran.. Andai lebih baik jika diselit dengan nilai agama Islam....

SiPenyusunKasut~ said...

0196791533.. No contact sy.. Sye bkn penulis novel, tp sy cme insan yg cbe melengkapkan yang lain.. Tiada manusia yang sempurna, kecuali mereka yang terus-menerus menitip kesempurnaan tanpa henti.. InsyaAllah.. Wallahua'am....

EBRIZA AMINNUDIN said...

Terima kasih Shahadatain .. Akak akan cuba perbaiki setiap kelemahan. terima kasih di atas teguran