Wednesday, February 20, 2008

II - DIALAH DI HATI : Tidak Seindah Rasa ...

CINTA PERTAMA YANG MENYAKITKAN …

SKETSA 1


“Haa... yang tengok muka aku kenapa? Pergilah ambil lauk apa yang nak kalau nak makan nasi. Kat sini self-service, tak ada orang yang nak layan kau. Jangan nak mengada-ngada. Tak kenyang kalau tengok muka aku. Pergilah! Tercegat apa lagi? Empat langkah saja, tak kan tu pun malas kut?” terkejut aku melihat Ash’rizal yang tidak lepas merenung aku sedari tadi. Situasi yang tidak menyenangkan ini harus ku leraikan segera daripada terus merantai diri.

“Kau kan ada, tak kan tak boleh layan kut? Pergilah tolong ambil apa-apa pun.” Ash’rizal tersengih lagi. Wah, apa dia ingat aku ini orang gaji diakah yang boleh diperintah-perintah. Banyak cantik muka. Pergilah ambil sendiri, tak ada masa aku nak layan punya.

“Helloo... Kau ingat aku ni kuli kau ka? Pergilah ambil sendiri ikut konsep layan diri.” Aku menjeling sambil membuang wajah ke jalan raya. Malas hendak bertekak dengannya sementara menuggu rezeki terhidang. Kedinginan aku membuatkan Ash’rizal terpaksa bangun untuk mengambil makanannya sendiri. Aku bersorak lagi di dalam hati kerana kali kedua kemenangan berada di dalam genggaman aku.

SKETSA 2


Kaki aku terus melangkah ke tempat permainan selepas sahaja Ash’rizal selesai makan. Dia sesdikit terkejut tetapi tidak hairan aku membawanya ke sini. Sememangnya permainan yang ada di sini banyak yang aku suka tetapi jarang aku hendak bermain kerana mahal sangat bayarannya. Hari ini oleh kerana aku datang bersama Ash’rizal, dialah yang harus membayar semuanya pada permainan yang ingin aku naiki. Bila lagi nak habiskan duitnya. Dulu bukan main kedekut lagi dan sekarang aku akan ajaknya menjadi seorang yang pemurah. Itulah rancangan jahat aku yang seterusnya akan aku persembahkan pada Ash’rizal di malam ini.


“Kau ajak aku ke sini... Rina?”

“Apa salahnya? Kau tak suka?”

“Macam budak-budaklah kau ni.”

“Apa budak-budak pula? Orang tua pun ada yang naik juga apa? Aku tak nak dengar apa-apa lagi sungutan dari kau. Malam ni aku nak enjoy puas-puas. Jom.” Aku menarik lengan Ash’rizal menuju ke kaunter token bagi membolehkan kami menaiki tiap permainan yang ada di situ.

“Belilah. Tengok muka aku buat apa? Jangan kedekut sangat.” Aku seperti mengarah pula. Yalah, aku tahulah bukan duit aku tapi niat aku untuk kenakan dia. Jadi, inilah masanya. Tak kan hendak biarkan peluang keemasan terlepas begitu sahaja. Kan..kan..kan...hehehe...

“Berapa banyak kau nak beli?” Ash’rizal mengeluarkan dompetnya sambil mengira-ngira duit yang ada di dalam dompet itu. Ringan sahaja tangan aku menyambar duit not yang bernilai seratus ringgit lalu menyerahkan kepada kaunter membeli token. Ternganga Ash’rizal memandangku tetapi aku membalas pandangannya dengan pandangan juga.

“Tak payah kau nak terjegil pandang aku macam tu. Kita kan nak enjoy puas-puas, inilah masanya. Janganlah kedekut sangat. Jom. Mula-mula aku nak naik challenger.” Aku menarik tangannya menuju ke tempat permainan Challenger yang sememangnya menarik dan mencabar. Dalam keadaan masih lagi separuh sedar atas tindakan drastik aku, Ash’rizal hanya menurut tanpa membantah.

“Tapi banyak duit tu Rina semata-mata untuk main permainan kat sini saja.”

Oh, masih tidak puas hati lagi rupanya. Patutlah pandang aku macam hendak telan orang saja. Aku tersenyum sinis.


SKETSA 3

“Rina, Usher ajak kau keluar hari Krismas esok. Nak pergi tak?” ami menanti jawapan dari aku. Aku membuat muka. Ada hati lagi nak ajak aku keluar setelah beberapa minggu aku cuba mengelak selepas ke Pesta Pulau Pinang tempohari.

“Cakap kat dia, orang tak sambut krismas orang sambut hari raya aidilfitri jadi tak ada maknanya nak sambut krismas esok. Kafir sungguh orang ini. Rina tak mahu pergi mana-mana pun esok. Ada kerja yang Rina nak buat.” Aku terus bangun daripada terus duduk di atas tangga. Malas lagi hendak melangut tunggu ami habiskan perbualan, nanti lebih banyak pula soalan yang dituju.

“Haa... nak ke mana pula tu?” aku dipanahkan lagi soalan daripada ami yang melihat sikapku acuh tak acuh..

“Biliklah. Kan Rina cakap tadi ada kerja nak buat. Cakap saja kat dia yang Rina memang tak mahu kat dia. Suruh saja dia cari orang lain.” Aku terus melangkah tanpa berhenti mahupun menoleh lagi.
Malaslah aku hendak mendengar perbualan mereka lagi. Aku tahu selepas ini tentu ami akan cari Tuty Erriyana untuk bercakap tentang aku, sikap aku dan yang sekutu dengan aku. Aku dah masak sangat. Kau orang nak tahukah apa yang ami kutuk pasal aku? Kalau nak tahu dengarlah sendiri. Aku tak tipu pada kau orang punya... Ami mesti kutuk pasal aku. Buat apa dalam bilik? Ah, bukan nak berangan dengan kotak kenangan tetapi nak siapkan kertas cadangan yang Encik Izzudin amanahkan kepadaku. Eh, betullah aku tak tipu. Eleh, aku tahu kau orang nak dengar cerita pasal Yafiz lagi. Tapi hari ni tak bolehlah aku betul-betul sibuk. Kau orang tak nak dengarkah apa yang ami kutuk pasal aku? Pergilah dengar... nanti kau orang cerita kat aku ya... Tak dengar kempunan nanti!

No comments: