MAMPUKAH CINTA ITU MEMUTIK KELOPAK-KELOPAKNYA KEMBALI ...


“Jangan matikan terus perasaan cinta itu, Mira ... kerana masih a
da yang ikhlas menyayangi diri awak. Hanya mereka yang terluka sahaja dapat memahami di antara satu sama lain jika cinta itu wujud kembali. Awak boleh melupakannya untuk seketika tetapi jangan terus membunuhnya. Cuba untuk buka ruangan itu semula agar insan lain boleh bertakhta dan menabur kasih sejati kali ini ke dalam ladang kontang awak. Jom, Mira ... kita balik. Dah lewat benar ni.” Jimmy Shanley terus memimpin tangan aku untuk turun ke bawah.

Aku tersentuh dengan ungkapan yang diluahkan oleh Jimmy Shanley. Memang benar apa yang dikatakannya, namun hati aku masih belum boleh menerima mana-mana kehadiran lelaki lagi buat masa sekarang. Insya-Allah, mungkin suatu hari nanti ... pintu hati aku akan terbuka semula untuk insan yang bernama lelaki.

ANDAI DIA DITAKDIRKAN UNTUKKU ... ADAKAH HATI INI TEGA MENERIMA KEHADIRANNYA?
2 comments:
amboiii...tiba2 aje kat sini dah banyak gambar, macam bilik pameran pulak hehehe!
hehehe ... ini promo terbaru saya. Saya nak buat cam ni plak for ths year ... bilik pameran pun bilik pameranlah asalkan orang tak jemu nak baca promo ni. Hak Cipta Terpelihara tau. Kah kah kah ...
Post a Comment