
HANYA DIKAU

Pantas juga Ira Fashua mengatur langkah kaki ke balai ketibaan untuk menyambut kepulangan Nuradriana Hany. Dalam keadaan yang kelam kabut itu, Ira Fashua tidak sedar dia telah terpijak kaki salah seorang penumpang yang berada di dalam penerbangan yang sama dengan Nuradriana Hany. Habis bagasi orang itu terjatuh dan Ira Fashua terkejut dengan jeritannya yang garau dan kuat itu. Selamba sahaja Ira Fashua memandangnya tanpa perasaan bersalah. Bukan sahaja tanpa kata kemaafan, malah Ira Fashua boleh menjelajahi wajahnya dengan mata yang begitu poyo sekali. Melihat sahaja wajah Ira Fashua yang sebegitu rupa, sedikit kegeraman dan secalit kemarahan terpalit di dalam hati p

‘Wah ... boleh dia renung aku dengan wajah yang selamba? Bukan dia nak minta maaf ke apa ... macam aku pula yang pijak kakinya. Woi! Kaki aku ni masih berdenyut sakit tau! Dahlah kasut yang kau pakai tu bertumit tinggi halus. Kau ingat tak sakit ke kena pijak macam tu? Aku pakai kasut yang serupa, pijak kaki kau balik ... baru tahu!’ Pemuda itu menggerutu di dalam hati diatas sikap selamba Ira Fashua. Namun, lain pula bicara hati Ira Fashua di kala itu. Sempat lagi dia menilik perwatakan pemuda itu.
‘Sakit ke kaki tu? Aku pasti dah berdenyut sakan. Hahaha! Tapi aku peduli apa? Siapa suruh jalan tak tengok orang. Betul ke dia yang tak tengok orang atau aku yang tak nampak dia? Ah, lantaklah ... janji aku tak bersalah. Ye ke aku tak bersalah? Hehehe! Maaflah kawan, aku tak sengaja sebab aku nak cepat ni. Lain kali saja aku minta maaf, tu pun kalau kita berjumpa lagi. Nampak daripada gayanya

Ira Fashua mula hendak mengatur langkahnya semula kerana dia pasti Nuradriana Hany sudah keluar daripada balai ketibaan, namun sebelum sempat dia menyusun langkahnya ... diri Ira Fashua ditegur oleh pemuda yang masih berdenyut sakit kakinya.

Pertama kali memandang dirimu, hatiku telah terpaut. Kau mampu mengundang pelbagai rasa walaupun kita berlainan agama dan juga bangsa. Sesungguhnya, Hanya Dikau yang telah menarik rasa cinta untuk terus berputik di dalam hatiku ...


“Tak adalah ... saya biasa sahaja. Apakhabar Encik Da Feng?” Ira Fashua merendah diri.
“Saya puji awak dengan ikhlas, Ira. Awak sememangnya menawan dan jarang saya bertemu dengan wanita Asia secantik awak. Tidak rugi syarikat kami berkerjasama dengan kilang awak selama ini.” Xu Da Feng tetap tegas dengan kata-katanya. Ira Fashua tidak mampu untuk berkata-kata lagi selain menguntum seulas senyuman yang teramat indah untuk pemuja dirinya.
Erze Zullis yang berada berhampiran dengan mereka semakin menyemarak api cem

“Hai Encik Xu Da Feng. Saya Erze Zullis pengarah urusan kilang Armanis.” Erze Zullis menghulurkan tangannya kepada Xu Da Feng dan salamnya bersambut. Jelas terpancar pada wajah Erze Zullis ada riak tidak senang dengan kemesraan di antara Ira Fashua dan Xu Da Feng. Ira Fashua tidak mahu menimbulkan sebarang sengketa di antara mereka lalu dia turut memperkenalkan Erze Zullis yang telah datang bersama-sama dengannya.
No comments:
Post a Comment